Sunday, August 1, 2010

Secara lumrahnya, setiap kanak-kanak mempunyai kemahuan dan naluri untuk meneroka setiap perkara yang berlaku. Naluri semulajadi ini telah membantu mereka dalam pembelajaran mereka.

Cara belajar ini sebenarnya bukan sahaja memberikan mereka kebebasan untuk meneroka, malah membuatkan mereka lebih seronok dalam mengikuti proses pembelajaran. Rasa ingin tahu yang membuak-buak menjadikan mereka begitu aktif untuk belajar dan memberikan respon yang baik didalam kelas.

Pembelajaran cara ini juga lebih bermakna kepada pelajar kerana mereka dapat melakukan sendiri dan menyiasat sendiri apa yang mereka perlu ketahui. Soalan-soalan yang membantu para pelajar dalam memberi pemahaman dan menimbulkan minat menyiasat juga adalah sangat berkait rapat. Guru yang memahami dunia pelajarnya akan mencuba pelbagai cara supaya para pelajar dapat melakukan sendiri dan merasai betapa seronoknya belajar. Ini bukan sahaja memberikan kefahaman kepada pelajar, malah akan memotivasikan mereka untuk terus belajar dan meneroka.

Dari pengalaman saya sendiri, cara belajar ini memberikan saya lebih kefahaman dan lebih mudah untuk diingati. Setelah melakukan sendiri penyiasatan dalam pembelajaran seperti melakukan eksperimen dalam subjek sains, saya lebih mudah untuk mengingati langkah-langkah, tindak balas yang berlaku dan sebagainya. Ingatan terhadap pelajaran ini juga lebih lama dan mendalam.

Akhir sekali, saya yakin bahawa cara belajar ini dapat memberikan lebih kefahaman, memupuk minat belajar malah dapat memotivasikan pelajar dalam pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

Share

Sebarkan.

Related Posts with Thumbnails