Sunday, July 25, 2010

Saya mengajar di kelas 5 Bestari, Sekolah Kebangsaan Laka Selatan, Kedah. Apabila saya
ditempatkan di sini saya berasa tidak selesa kerana lokasi sekolah ini adalah di luar bandar.
Kebanyakan murid-murid di sekolah ini tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Walau
bagaiamanpun hubungan guru-guru dan murid-murid adalah rapat. Prestasi akademik sekolah
ini tidak begitu baik terutamanya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Pada tahun lepas
hanya 20 % murid-murid lulus dalam mata pelajaran ini. Oleh demikian, pengajaran mata
pelajaran bahasa Inggeris di sekolah ini amat mencabar.

Setelah 3 minggu mengajar bahasa Inggeris saya mendapati beberapa orang murid-murid di
bahagian belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Ada kalanya saya
terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah menganggu
pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Dalam
pada itu, saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan mesti wujud.
Walau bagaimanapun sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana menjejas pengajaran
pembelajaran.

Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru
sendiri.

“Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure
to teach students how to follow procedures.”17


Gangguan daripada kebisingan kelas amat ketara semasa pertukaran waktu mengajar.
Mengikut Wong (1998) pelajar mengambil masa 2 hingga 3 minit ini untuk bercakap, bergerak
dari tempat duduk serta bertingkah laku yang mengganggukan.

Dalam pada itu Wong (1998) turut menjelaskan bahawa prosedur dan rutin akan memberi
keyakinan kepada pelajar kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap masa.

“routines and procedures… offer security. Students cannot get down to the
serious business of learning unless they feel secure in the classroom. They
want instruction and guidance on all the how-to’s in the classroom—how to
head a paper, how to ask for help, how to sharpen a pencil, how to get to
work, how to turn on the computer, how to…”18


Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-murid mendengar
pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang
mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat
menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil
kepada semua murid-murid yang lain.

Monday, July 19, 2010

Banyak perkara saya pelajari semasa menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan. Saya telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti masalah peribadi (5%), masalah emosi (15%), masalah akademik (25%), masalah sosial (20%) dan masalah salah laku ( 35%).

Berdasarkan kepada jadual kekerapan masalah murid yang telah dibuat, masalah yang sering berlaku dan agak serius ialah masalah salah laku, iaitu murid tidak menyiapkan kerja rumah Matematik. Ada yang menyiapkan separuh dari kerja rumah mereka dan terdapat juga di antara mereka yang langsung tidak mengambil perhatian ke atas kerja rumah pada setiap kali diberikan aktiviti susulan. Untuk mengenal pasti murid yang bermasalah, saya telah mengajak murid-murid untuk berbincang. Melalui sesi temu bual, saya akan cuba mengenal pasti dan mencungkil masalah daripada murid. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu menyediakan rekod anekdot untuk mengumpul maklumat tingkah laku murid tanpa bahasa.

Berdasarkan kepada laporan pemerhatian yang telah dibuat, saya telah mengenal pasti bahawa punca–punca masalah ini adalah disebabkan oleh diri murid, rakan sebaya keluarga dan kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai. Kebanyakan murid adalah bersikap negatif, tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran mereka dan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang malas. Selain daripada itu, golongan murid ini tiada dorongan untuk membuat kerja rumah daripada ibu bapa dan rakan sebaya. Ada sebilangan murid berpendapat bahawa angka–angka yang dipelajari itu kurang relevan dengan kehidupan sehari–hari. Mereka sukar memahami bagaimana topik seperti ?Ayat–ayat matematik itu berguna dalam kehidupan mereka ? Oleh itu, mereka akan berasa bosan dan tidak berminat untuk membuat latihan Matematik.

Banyak kesan yang akan dihadapi oleh guru dan murid sekiranya masalah ini masih terus berlaku lagi di kelas. Pertama, kesan terhadap aktiviti pengajaran, peruntukan masa serta penilaian guru akan terganggu dan terjejas seperti guru tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran dengan baik, terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk menjalankan penyelesaian dan tidak dapat menerima maklum balas murid melalui aktiviti susulan. Kedua, kesan terhadap aktiviti pembelajaran dan tabiat murid, seperti tidak mempunyai peluang mengaplikasikan dan mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru mereka belajar serta mengamalkan sikap malas dan tidak bertanggungjawab.

Pada pendapat saya, pujian dan kata–kata perangsang ialah satu jenis alat rangsangan yang tidak terlazim. Warna juga boleh dijadikan sebagai alat rangsangan yang tidak terlazim, seperti warna merah. Ia boleh merangsangkan seseorang itu cepat merasa lapar dan ingin makan dengan banyak. Oleh sebab itu, banyak kedai makan suka dicat dengan warna yang terang seperti merah, kuning atau biru.Untuk memberikan rangsangan kepada murid, saya telah menggunakan teknik peneguhan positif, iaitu memberi motivasi dalam bentuk pujian dan kata–kata perangsang untuk menyiapkan kerja rumah Matematik. Tetapi, penyelesaian ini tidak berkesan dan kurang memuaskan, kerana motivasi yang diberikan oleh guru adalah tidak dapat membangkitkan tingkah laku positif, iaitu menyiapkan kerja rumah Matematik. Pemikiran murid tidak jauh dan kurang mementingkan masa depan mereka. Selain daripada itu, golongan murid ini jarang mendapatkan dorongan untuk menyiapkan kerja rumah daripada ibu bapa atau rakan sebaya.

Selepas itu, saya telah menggunakan teknik peneguhan negatif untuk mengelakkan atau menghindari kepada murid tidak menyiapkan kerja rumah Matematik. Walaupun peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari oleh seseorang individu., tetapi sangat berkesan untuk menghadapi masalah murid, terutamanya golongan murid yang berumur dalam lingkungan 7?2 tahun. Mereka lebih berasa takut apabila guru mengambil tindakan untuk mendendanya. Pada pendapat saya, merotan murid dengan cara yang betul merupakan satu penyelesaian yang sangat berkesan, kerana ia dapat memberikan demonstrasi kepada murid dengan jelas dan nyata, iaitu merotan murid itu di depan murid–murid lain apabila tidak menyiapkan kerja rumah. Dengan itu, saya telah membuat satu eksperimen pada murid–murid, iaitu mana satu kumpulan yang telah kalah dalam kuiz matematik, mereka akan didenda kehilangan lima minit masa rehat. Eksperimen ini telah berjaya menunjukkan bahawa murid adalah lebih mengambil perhatian dan penumpuan terhadap peneguhan negatif, kerana mereka takut menghadapi kesan–kesan peneguhan negatif dan pula tidak mahu kehilangan layanan yang baik daripada guru. Oleh itu, saya telah menahan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah di dalam kelas untuk menyiapkan kerja rumahnya semasa rehat ataupun selepas sekolah.

Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar seperti penyelesaian masalah matematik. Saya juga menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti radio, gambar, model, benda konkrit, bahan bercetak, radas dan kad jalur berpetak dalam proses pengajaraan dan pembelajaran. Bahan pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid untuk membuat tugasan dan juga mudah difahami oleh setiap murid. Tujuannya adalah untuk merangsangkan murid–murid supaya mereka dapat memberikan tumpuan dan minat terhadap kerja rumah. Di samping itu, murid tidak akan berasa bosan dan sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan, iaitu latihan dalam buku kerja Matematik. Pada pendapat saya, guru ialah seorang pelakon, dia mesti pandai menonjolkan kebakatannya supaya terdapat banyak penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah penonton dan dia akan menyaksikan pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih dan mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.

Untuk memahami dan menyelesaikan masalah–masalah murid ini, saya telah mengadakan perbincangan serta kolaborasi dengan kedua–dua orang guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing. Selain daripada itu, saya juga cuba membuat pemerhatian dan kajian dengan sendiri, iaitu mengkaji maklumat–maklumat murid melalui borang soal selidik dan rekod anekdot yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah murid di dalam kelas ini.

Catatan: Refleksi ini dibuat oleh seorang pelatih semester 4 yang menjalankan Praktikum Fasa I. Tumpuannya ialah masalah murid-muridnya dalam kelas matematik. Diharap refleksi ini boleh dijadikan satu kes kajian untuk perbincangan dalam bilik kuliah.


sumber

Sunday, July 18, 2010

  1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….
  2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ………….
  3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
  4. Murid berjaya menguasai konsep ……..
  5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
  6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
  7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
  8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
  9. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
  10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
  11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
  12. Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.
  13. Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..
  14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
  15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.
  16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
  17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
  18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
  19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
  20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
  21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
  22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….
  23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..
  24. Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.
  25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh.
sumber

Saturday, July 17, 2010

Bina Insan Guru

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) sesi pertama bagi tahun 2009. BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Pulau Poh, Tasik Kenyir. BIG yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan.

Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat mencapai motif tersebut.

BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak, “water confident”, “jungle trecking”, latihan dalam kumpulan(LDK), memancing, masakan rimba, kawad kaki, “BBQ”, dan malam persembahan. Pada mata kasar, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai motif tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti.

Pada hari pertama, sebelum bertolak kami semua seramai 82 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Jika dilihat pada mata kasar, pembahagian kumpulan ini mungkin untuk memudahkan sesuatu kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk memberi peluang kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan mereka yang saya tidak sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih terperinci adalah bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar profession perguruan yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih bersedia apabila saya ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang saya kenal sebelum ini.

Pada sebelah malamnya, Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pula dilakukan. LDK yang dijalankan telah banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila bercakap dihapadan ramai. LDK ini telah membantu saya untuk lebih berani melontarkan idea-idea saya dan bersedia untuk mendengan kritikan atau pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih peka dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea atau sedang berhujah. Semua ini penting bagi saya kerana latihan seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh seorang guru. Sebagai contoh apabila bermusyuarat saya pasti diberikan peluang untuk bercakap dan memberikan idea kepada ahli lain dan mendengar idea-idea dari orang lain. Tanpa nilai murni seperti ini, pasti saya tidak mampu untuk bekerjasama dengan guru-guru lain dan gagal meneruskan agenda mesyuarat.

BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika aktiviti “water confident”, saya terpaksa menyelam didalam air dan berenang di Tasik Kenyir. Walaupun saya tidak pandai berenang dan takut pada mulanya,namun begitu dengan tunjuk ajar pensyarah dan juga semangat yang diberikan oleh rakan-rakan saya akhirnya berjaya melakukannya juga. Kini saya berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham bahawa sesuatu perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang dari dalam diri dan jika saya mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang diberikan itu dengan sempurna dan jayanya.

Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawasan khemah bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat amat memenatkan telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Saya dan seorang lagi rakan yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 3 pagi telah berkawal di sekitar khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang mungkin boleh membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba giliran mereka tiba. Saya yakin, suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru lain untuk melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat perkara tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi semua perkara itu.

Kreativif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang insan bergelar guru. Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel dan kreatif dalam menghadapi sesuatu perkara. Ketika melakukan persiapan bagi malam persembahan, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang meriah dan bertepatan dengan malam persembahan. Masa yang singkat yang diberikan untuk melakukan persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea bernas dan fleksibel dengan suasana hutan tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di institut. Dekorasi yang dilakukan menggunakan item-item yang berada dihutan dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan bagi memeriahkan lagi majlis menjadikan pemikiran saya lebih terbuka kerana semua ini menuntut tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara ini pasti saya dapat aplikasikan suatu hari nanti apabila saya dihantar untuk mengajar di sekolah terutamanya di sekolah yang infastrukturnya kurang baik dan alat bantu mengajar yang terhad. Saya yakin bahawa, dengan pemikiran kritikal yang hebat pasti saya dapat mereka satu alat bantu mengajar yang hanya terdiri dari item-item yang berada di kawasan sekitar sahaja. Semua ini pasti berguna dan membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.

Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Sebelum bertolak ke Tasik Kenyir, kami semua iaitu seramai 82 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan pula masing-masing diberikan satu tugas pada satu masa seperti ketua, setiausaha, tukang masak, penolong tukang masak, tugas-tugas khas dan lain-lain lagi. Sistem yang diketengahkan di BIG ini ialah sistem putaran atau “rotation” tugas. Hal ini memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk merasai memegang setiap jawatan dalam kumpulan. Perkara ini amat berkesan kerana sistem yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpim. Pendedahan ini merupakan satu pendedahan positif yang memberi impak besar kepada saya terutama apabila saya menjadi ketua kumpulan. Ketika itu saya sedar bahawa tugas menjadi seorang ketua amat berat kerana semua kebajikan, tugas dan banyak perkara lagi menjadi satu tugas ketua. Pengalaman berorganisasi ini akan saya manfaatkan sepenuhnya sama ada di institut atau ketika berada di alam pekerjaan kerana saya sedar bahawa ada ketika saya akan menjadi pemimpin dan ada ketika saya akan menjadi mereka yang dipimpin.

Aktiviti pagi iaitu akiviti berkawad di padang juga mempunyai objektif tersendiri. Berdasarkan pemerhatian saya ketika di BIG, saya dan rakan-rakan semua telah diajar untuk menepati masa dalam melakukan aktiviti. Ketika berkawad pada sebelah pagi, tepat jam 7.30 pagi kami semua mesti berkumpul di padang kawad. Arahan yang diberikan oleh pensyarah merupakan satu lagi latihan yang saya lihat satu usaha bagi membentuk guru pelatih menepati masa. Perkara ini penting kerana sebagai seorang bakal guru dan seorang guru, masa memainkan peranan penting dalam kehidupan. Ketika di insitut atau di sekolah nanti, saya perlu berada di sana sebelum jam 7.45 lagi dan ini bermakna untuk sampai kesana saya perlu bersiap dengan lebih awal. Jika dilihat sekarang, ramai guru pelatih sama ada lelaki atau perempuan yang datang lewat ke kuliah dan ini merupakan satu fenomena yang amat merungsingkan pensyarah. Pendedahan di BIG ini telah merubah saya dan rakan-rakan lain supaya menepati masa sama ada ketika ke kuliah ataupun mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian kami.

Selama 4 hari 3 malam saya mengikuti program BIG ini, begitu hebat saya rasakan kekuatan mental dan fizikal saya telah diuji. Bermula dari bahang panas matahari, kesejukan air tasik kenyir, kepenatan meredah hutan dan banyak lagi aktiviti yang sangat mencabar telah saya lalui. Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan yang amat baik bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan dapat mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini. Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin juga kami akan diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin juah ke pelusuk rimba atau belum.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.

sumber

Thursday, July 15, 2010

REFLEKSI KENDIRI

Pada 22 hingga 26 Mac 2009, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut(SKKB). Pada hari pertama berada di SKKB merupakan hari yang paling mendebarkan diri saya kerana ini merupakan kali pertama saya menjalani PBS dan merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke alam persekolahan setelah hampir 3 tahun saya meninggalkan alam persekolahan ini.

Seawal jam 7.10 pagi saya telah melaporkan diri kepada guru besar SKKB iaitu En. Che Husin bin Ismail di pejabat beliau. Beliau sebagai guru besar SKKB begitu mengalu-alukan kehadiran saya disana dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada saya dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Setelah melaporkan diri, saya dikehendaki mengikuti majlis perhimpunan mingguan sekolah bersama-sama para pelajar dan guru yang lain. Ini merupakan kali pertama saya berada di barisan hadapan sebagai seorang bakal guru dan saya berasa amat teruja sekali. Ketika majlis berlangsung, saya telah diminta untuk memperkenalkan diri saya dihadapan semua guru dan pelajar dan menyatakan serba sedikit tentang tujuan dan beberapa perkara lain lagi.

Pada hari pertama ini juga, saya terpegun melihat senario para pelajar dan persekitarannya dimana amat sukar bagi saya melihatnya disekolah-sekolah lain. Para pelajar disini saya lihat begitu berdisiplin dan begitu mengambil berat terhadap kebersihan. Pada awal bagi iaitu seawal jam 7.25 pagi, para pelajar sudah berada di kawasan persekitaran kelas mereka dan mula membersihkan kawasan mereka. Kawasan sekolah begitu ceria dan bersih sekali sehinggakan begitu sukar untuk saya melihat sampah walaupun dikawasan yang agak tesorok.

Hari pertama berada di SKKB begitu mengujakan saya. Selepas majlis perhimpunan tamat, saya dan beberapa rakan lain yang menjalani PBS di SKKB perlu menghadiri satu taklimat khas berkaitan beberapa perkara tentang PBS ini yang diberikan oleh guru pembimbing iaitu guru penolong kanan 1 SKKB. Hari pertama saya di SKKB tidak berakhir begitu sahaja, saya dikejutkan dengan latihan kebakaran yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan kerjasama pihak Bomba Besut. Hari pertama ini saya catatkan sebagai hari yang begitu menarik kerana pelbagai ragam dan pelbagai perkara yang tidak pernah saya lalui atau sudah lama saya tidak rasai dapat saya rasai kembali pada hari ini sebagai seorang bakal guru.

Walaupun baru hari pertama, saya telah mula menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan kepada saya agar saya tidak kelam kabut pada saat-saat terakhir seterusnya memberi saya lebih banyak masalah lagi. Pada hari ini, saya telah mula bersuai kenal dengan guru-guru disana yang rata-rata begitu ramah dan mudah untuk didekati. Sebagai orang luar, saya begitu menjaga tata tertib dan tingkah laku saya agar tidak mencemarkan maruah saya dan maruah IPGM Kampus Kota Bharu. Guru-guru yang terdiri dari pelbagai peringkat umur semuanya mesra dan ini memudahkan saya dalam berkomunikasi dengan mereka.

Pada hari kedua berada di SKKB, saya begitu bersemangat untuk meneruskan tugasan saya dan pada hari ini saya dikejutkan dengan begitu banyak perkara. Saya telah diberikan tugas oleh penolong kanak 1 untuk menggantikan kelas guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana ada program diluar sekolah. Saya begitu terkejut, berdebar dan seronok kerana diberi peluang untuk memasuki kelas dan memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan saya iaitu untuk melihat sendiri suasana pelajar belajar dalam kelas.

Saya begitu lega sekali kerana berjaya mengawal kelas dengan begitu baik sekali dan segala ilmu yang diberikan oleh guru-guru yang sempat saya temui sebelum memasuki kelas telah saya praktikkan dengan sebaik mungkin. Para pelajar juga saya lihat begitu senang dan mudah untuk saya dekati dan mereka selesa untuk bersama saya dan ini memang memberikan saya satu tanggapan positif terhadap suasana belajar di sekolah ini.

Hari ketiga juga penuh dengan aktiviti dan perkara-perkara yang menarik minat saya. Selain menggantikan kelas, saya juga diminta untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat sekolah mengenai majlis maulidur rasul yang akan diadakan pada hari khamis ini. Ketika menghadiri mesyuarat itu, saya telah banyak menimba pengalaman dan belajar tentang suasana dan cara bermesyurat dan segala ilmu yang telah saya pelajari telah saya praktikkan. Ketika mesyuarat tersebut, saya telah diberikan tugas untuk menyelia makanan dan minuman untuk guru dan para pelajar.

Pada hari ini, saya lebih banyak fokus kepada persekitaran sekolah seperti kantin, taman sains, tapak perkhemahan dan banyak lagi. Antara tempat yang paling menarik minat saya ialah kantin dan taman sains. Kawasan kantin sangat bersih sama ada sebelum, ketika dan selepas waktu rehat pelajar. Ketika di kantin, para pelajar dilihat beratur untuk membeli makanan dan tidak membuat bising. Suasana dikantin juga begitu ceria dan penuh dengan pelbagai input pengetahuan buat para pelajar seperti sifir-sifir diletakkan di atas meja, dan banyak lagi input lain. Ini selaras dengan pendekatan untuk mewujudkan pembelajaran berterusan, menarik, bila-bila masa dan dimana juga.

Taman sains SKKB juga merupakan satu tempat yang begitu indah dan penuh dengan ketenangan. Bersesuaian dengan ini, satu tempat untuk para pelajar belajar di kawasan taman telah diwujudkan dan ianya begitu menarik minat para pelajar untuk belajar disana ketika rehat ataupun ketika waktu petang. Terletak bersebelahan dengan pondok belajar didalam taman sains, dua buah kolam ikan air tawar telah dibina dan antara ikan yang dipelihara oleh SKKB ialah ikan keli dan ikan patin. Program ini sungguh menarik dimana para pelajar boleh belajar diluar bilik darjah dan bersesuaian dengan topik atau subjek yang mereka pelajari.

Hari keempat berada di SKKB merupakan hari Rabu iaitu hari kokurikulum. Pada hari ini dapat saya lihat semua pelajar dan guru memakai pakaian seragam unit berunifom masing-masing seperti pengakap, tunas puteri dan lain-lain lagi. Oleh kerena tidak memakai pakaian seragam seperti mereka, saya berasa agak tidak selesa untuk bergerak kerana sentiasa menjadi perhatian orang lain. Walaubagaimanapun, saya kuatkan semangat dan lalui hari keempat di SKKB dengan penuh semangat seperti biasa.

Pada hari kelima iaitu pada hari terakhir saya berada di SKKB, program maulidur rasul dijalankan. Kami berarak dari SKKB hinggalah ke Pekan Besut melalui jalan pantai. Sambil berarak, kami semua berselawat hinggalah sampai ke dewan terbukan di Pekan Besut. Selepas program maulidur rasul di dewan tamat, kami berarak pulang dan di SKKB diadakan jamuan untuk para pelajar dan guru-guru.

Ketika ini, perasaan sedih mula menyelubungi diri kerana ini bermakna tamatlah PBS saya di SKKB. Saya sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana banyak membantu saya selama saya berada di SKKB dan telah banyak berkongsi pengalaman pahit manis mereka bersama saya. Saya juga berasa sedih untuk melangkah keluar dari SKKB setelah dapat mengenali ramai para pelajar yang baik-baik dan bercita-cita besar dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar.

Hari-hari berada di SKKB begitu bemakna dalam hidup saya kerana begitu banyak perkara saya pelajari dan ini memberikan saya satu peluang untuk menjadi seorang guru yang berkaliber. Saya berharap, pada PBS yang seterusnya saya akan dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang profesion keguruan ini bagi membuat persedian menjadi seorang guru yang terbaik.




Disediakan Oleh:

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang sejarah tamadun-tamadun asia dan islam secara terperinci lagi.

Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran TITAS ini terhadap diri saya kerana saya dapat belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri.. Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan TITAS dalam sub tajuk sumbangan tamadun, saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.

Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek TITAS ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Friday, July 9, 2010

Perkembangan Kanak-kanak

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.

Saya juga mula merasai kepentingan PKK ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran PKK ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek perkembangan kanak-kanak ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKK ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.


Penulis: ar-rifke
Cerpen yang menarik ini semestinya memerlukan kebolehan yang tinggi dalam menguruskan kepelbagaian konflik emosi yang dihadapi oleh setiap watak. Sekiranya saya berada dalam situasi atau konflik yang dihadapi oleh watak-watak dalam cerpen ini, pasti saya akan cuba menguruskan emosi ini dengan sebaik-baiknya.

Jika saya berada di situasi Syuhada iaitu sebagai watak utama dalam cerpen ini, pasti berat beban yang perlu dipikul. Namun sebaik-baiknya ialah dengan mengikut cara dan langkah yang tepat. Ketika emosi marah melanda iaitu ketika Adam tidak mahu mendengar nasihatnya, saya akan bersabar dan berfikiran positif bahawa Adam akan berubah dan cepat insaf. Melalui cara ini, segala beban emosi tidak akan dirasai lagi. Perasaan bersalah yang dihadapi perlulah dibuang dan tidak lagi diingati. Perkara yang lepas, perlulah dibiarkan lepas dan yang akan datang perlulah dilalui dengan tabah. Jadikan semua yang lepas sebagai pengajaran. Emosi yang terlalu berharap juga akan saya buang kerana bermula dengan emosi berharap inilah nanti akan lahirnya satu emosi kekecewaan yang sangat perit untuk dirasa.

Pada situasi Adam, saya benar-benar perlu yakin pada Allah s.w.t dan terus bersabar dengan segala dugaan yang telah dihadapi. Emosi marah yang dirasai akan saya lepasakan dengan banyakkan berzikir dan banyak mengingatiNYA. Perkara yang sedih tidak akan saya ratapi tetapi akan saya redha atas kehendak tuhan yang mencipta alam ini. Kekecewaan yang dihadapi akan saya gunakan kaedah sublimasi iaitu akan saya lakukan perkara yang lebih bermanfaat dan akan mendatangkan juga faedah kepada orang lain agar kekecewaan saya terubat.
Sebagai Nenek yang banyak pengalaman, saya akan mengawal emosi marah saya dengan betul supaya Adam atau sesiapa sahaja tidak akan kecik hati. Oleh sebab itu, saya akan sentiasa berfikiran positif bagi mengawal emosi marah ini. Pengharapan saya yang tinggi kepad Adam untuk pulang pula akan saya tangguhkan hasrat itu atau redha dengan sikap Adam yang telah membawa diri serta redha dengan apa yang telah dan apa yang akan berlaku.

Kesimpulannya, jika saya berada dalam situasi-situasi watak-watak dalam cerpen ini, saya pasti akan cuba mengurus emosi yang di hadapi dengan sebaik-baiknya supaya satu hari nanti diri saya tidak akan mendapat kesan negatif dari tindakan yang saya lakukan dahulu ketika menguruskan emosi. Dengan cara ini, satu hidup yang sihat, aman dan damai akan dapat dirasai dengan sempurna.

Thursday, July 8, 2010


Saya telah menghayati cerpen Andai Mampu Ku Ubah Segalanya ini dengan sebaik-baiknya dan telah dapat mengenalpasti beberapa situasi mencabar yang telah dihadapi oleh watak-watak dalam cerpen ini. Cerpen yang telah saya pilih ini mempunya pelbagai situasi menarik yang dapat saya kenal pastinya.

Cerpen ini mempunyai 3 watak penting iaitu Syuhada sebagai watak utama, seterusnya Adam dan Nenek. Tiga watak ini telah memainkan peranan yang besar dalam menghidupkan tema atau jalan cerita cerpen ini. Syuhada dalam novel ini digambarkan seorang yang mempunyai tahap kesedaran kendiri yang tinggi. Sebagai watak utama, pastinya mempunyai pelbagai situasi yang dihadapi. Antaranya ialah emosi marah. Dalam cerpen ini, dilihat Syuhada mampu menguruskan emosi marah ini dengan baik dimana emosi ini dikawal dirinya tanpa membawa mudarat yang lebih besar. Syuhada juga mengalami emosi terkejut dan dia telah berjaya mengawal emosinya dengan baik. Walaupun dalam keadaan begitu, dia masih dapat meneruskan apa yang ingin dilakukannya dan tidak terpesong kepada benda lain. Namun begitu, Syuhada juga dilihat gagal mengawal emosinya dimana dia berasa amat bersalah dengan perkara silam. Perkara-perkara silam yang pahit masih lagi dia ingati dan membuatkan dirinya sedih dan pilu. Sikap dan emosinya yang selalu berharap menyebabkan pada akhirnya dia mengalami perasaan kecewa. Sikap ini menggambarkan kelemahan dirinya yang terlalu mengharapkan sesuatu perkara berlaku tetapi sedih apabila apa yang diharapkan tidak tercapai. Syuhada juga mudah berasa sedih dan emosi ini menggambarkan betapa sensitifnya syuhada itu. Dia begitu mudah tersentuh dengan perkara-perkara yang berlaku di sekitarnya.

Watak Adam dalam cerpen ini pula digambarkan seorang yang begitu banyak menemui kegagalan dalam menguruskan emosinya atau dengan kata lain mempunyai tahap kopetensi kecerdasan emosi yang begitu rendah. Begitu banyak tekanan emosi yang dilaluinya menyebabkan dia menjadi lemah dan terus terpengaruh dengan emosi negatifnya itu. Adam telah memusnakkan hidupnya setelah gagal menguruskan tekanan emosi yang telah dihadapinya. Bermula dengan masalah keluarga, dia telah hilang keyakinan dan terus memberontak. Segala kesalahan dan kekhilafan yang telah dilakukannya dahulu diakhiri dengan satu penyesalan. Kegagalan Adam dalam menguruskan emosinya telah menyebabkan seluruh hidupnya musnah bermula dibangku sekolah sehingga dia berkahwin dan sekarang. Emosi kemarahannya yang membuak-buak tidak diuruskan dengan sempurna dan impaknya dia terus mengikut langkah salah yang seterusnya membawa malapetaka kepadanya. Walaupun begitu, dilihat dari segi positifnya, dia masih lagi gembira dengan adanya Daniel,Nenek dan Syuhada. Dia disina bersyukur dan masih lagi tahu menguruskan emosinya.

Nenek yang digambarkan dalam cerpen ini pula dilihat seorang tua yang mempunyai tahap kesedaran kopetensi kecerdasan emosi yang sederhana. Ketika dia marah, dia masih lagi boleh mengawal perasaannya dan tidak melakukan perkara yang melampai batas seperi yang dilakukan oleh Adam. Sebagai seorang yang berpengalam, nenek tidak lari dari mengalami konflik dalam menguruskan emosi. Dia dilihat begitu berharap dan mahu Adam pulang kerumah sehingga setiap tahun dia akan menunggu kepulangan Adam dengan menghidangkan makanan kegemaran cucunya itu. Sikapnya dilihat terlalu berlebihan dan agak menyakitkan dirinya sendiri bagi menghadapi kenyataan sebenar.

Kepelbagaian emosi bagi setiap watak dalam cerpen ini begitu menguji cara meguruskan emosi dengan tepat. Dapat dilihat, cerpen ini begitu harmoni kerana keseimbangan atau kewujudan emosi-emosi negatif dan positif yang dihadapi oleh watak-watak. Tahap kecerdasan emosi yang berbeza-bez antara watak meperlihatkan lagi keseimbangan dan keunikan jalan cerita cerpen Andai Mampu Ku Ubah Segalanya ini.

Sumber: http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/kke-refleksi-tahap-kompetensi.html

Wednesday, July 7, 2010


REFLEKSI KEJOHANAN TENIS TERBUKA IPGM KAMPUS KOTA BHARU
OPSYEN: PISMP MATHEMATICS SEM 2

Pada 24 Oktober 2009 yang lepas, Gerko Tenis kami telah menganjurkan satu pertandingan Tenis Terbuka Institut Pendidikan Guru Malaysia Kota Bharu(IPGMKKB) yang bertempat di gelanggang tenis IPGMKKB.

Penganjuran pertandingan dalam sukan ini merupakan kali pertama buat saya menjadikan saya begitu teruja dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah gerko kami iaitu En Mohd Noorlan Bin Zakaria. Selepas beliau menyerahkan tugasan ini kepada ketua gerko kami, kami kemudian terus berbincang tentang penganjuran tenis ini. Antara perkara yang kami bincangkan ialah pembahagian tugasan dalam pengajuran yang bermula dari menyiapkan kertas kerja, pengadil permainan, urusetia, bahagian persegaran, bahagian penyediaan tempat, bahagian publisiti, bahagian peralatan dan bahagian keselamatan(pertolongan cemas).

Proses demi proses bagi melaksanakan program ini telah saya lalui dan pelbagai cabaran telah saya temui. Antara permasaalahan yang saya telah tempuhi ialah proses pemilihan tarikh pengajuran dimana tarikh-tarikh yang kami senarai pendek sebelum ini telah bertembung dengan beberapa pengajuran sukan dari gerko lain seperti bola tampar dan bola sepak. Oleh kerana itu, kami terpaksa menukar tarikh pengajuran ini beberapa kali sebelum diputuskan pada 24 Oktober 2009. Selain itu, kami juga telah mengalami masalah dari segi penyertaan dari kategori guru pelatih perempuan. Pada asalnya, kami telah memutuskan untuk menganurkan pertandingan tenis terbuka IPGMKKB bagi 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan. Namun begitu, kerana hanya mendapaat 1 penyertaan sahaja dari guru pelatih perempuan, maka kategori perempuan ini telah kami batalkan.

Walaubagaimanapun, semua masalah yang saya hadapi ini telah saya jadikan sebagai satu batu loncatan untuk saya lebih berjaya dalam menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran lain. Cabaran-cabaran ini semua juga menjadikan saya lebih matang dan fleksible dalam menghadapi apa jua rintangan yang datang.

Program ini saya dapat katakan sangan memberi manfaat kepada saya bukan sahaja dari segi pengalaman yang berguna dalam menyelesaikan masalah yang dihadapai, malahan dari perspektif yang lebih luas lagi iaitu dari aspek persediaan saya untuk menjadi seorang guru yang bukan sahaja bertauliah, tetapi seorang guru yang boleh melakukan apa sahaja perkara dan mampu untuk melakukan kerja bersama-sama ahli dengan baik. Antaranya adalah saya sedar bahawa ada masanya saya menjadi ketua yang perlu memimpin ahli-ahli dibawah tanggungjawab saya dan ada masanya saya akan menjadi ahli yang akan dipimpin oleh seorang ketua. Dari sini, saya telah belajar tentang kepatuhan kepada arahan, ketepatan maklumat, ketelusan dan bekerja dan banyak lagi.
Selain itu juga, pengajuran pertandingan sukan tenis ini telah menjadikan hubungan saya dengan rakan-rakan dan pensyarah lebih rapat lagi dimana semasa proses untuk menganjurkan pertandingan ini kami banyak berbincang bersama-sama bagi menjayakan program ini.

Penganjuran pertandingan tenis terbuka yang telah kami jalankan ini sebenarnya telah banyak menguji kefahaman saya dalam kuliah gerko yang telah saya hadiri selama ini. Pelbagai ilmu yang diajar oleh pensyarah kami telah saya aplikasikan seperti ilmu pengadilan dalam permainan tenis yang sebelum ini saya langsung tidak ketahui. Namun, dengan menghadiri kuliah gerko tenis dan mempraktikkannya dalam penganjuran pertandingan tenis terbuka ini telah menjadikan saya lebih faham mengenai teori-teori dan ilmu yang diajar didalam kuliah sebelum ini.

Akhir sekali, jika saya diberi peluang atau diberi tugasan untuk menganjurkan apa-apa pertandingan, saya pasti akan gunakan semua ilmu-ilmu dan pengalaman yang begitu banyak saya perolehi dari penganjuran pertandingan tenis pada kali ini. InsyaAllah..
Sekian, terima kasih.


Pada 29 Oktober yang lepas, saya telah menghadiri satu seminar Bina Insan Guru(BIG) bertempat di Dewan Wawasan IPGM Kampus Kota Bharu. Seminar ini telah dihadiri oleh semua pelajar PISMP semester 2 dimana melibatkan hampir 200 orang pelajar. Seminar ini telah diberikan oleh Timbalan Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu sendiri iaitu Tuan Haji Yajid bin Yaakob.
Seminar ini sebenarnya dibahagikan kepada beberapa sesi iaitu sesi ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Yajid, sesi soal jawab, dan sesi bengkel dimana melibatkan para pelajar dan tutor masing-masing berbincang tentang tajuk dibawah tema yang diberikan.

Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar yang dimulakan dengan ceramah yang bertajuk “Budaya Guru” begitu menarik perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi ceramah terutamanya, penceramah telah banyak menyedarkan saya tentang kesediaan kami sebagai bakal guru dalam mengamalkan budaya-budaya profesional sejak dari sekarang lagi.

Antara perkara yang begitu ditekankan oleh Tuan Haji Yajid selaku penceramah pada hari tersebut ialah budaya bakal-bakal pendidik sekarang yang begitu jauh menyimpang dari budaya guru yang sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh guru-gur pelatih. Mendengar “muqaddimah” yang begitu menarik dari penceramah membuatkan semua pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah dari beliau. Satu persatu penceramah memberi teguran kepada para guru pelatih bermula dengan gaya pemakaian segelintir guru pelatih sekarang yang langsung tidak mencerminkan seorang guru. Penceramah menegur segelintir guru pelatih yang suka memakai pakaian yang menjolok mata dan mereka yang berfesyen ala-ala artis. Melalui teguran dari beliau, saya dapat pelajari bahawa seorang guru itu perlulah mempunyai penampilan yang menarik tetapi bersesuaian dengan seorang guru.

Selain itu, penceramah juga ada menyatakan bahawa sebagai seorang bakal guru, guru pelatih sepatutnya sudah pandai ataupun belajar untuk menyalurkan segala perkara yang ingin disampaikan kepada sesuatu organisasi atau individu melalui saluran yang betul. Teguran dan nasihat ini sebenarnya banyak menyedarkan saya dimana situasi sekarang amat bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini sudah timbul satu senario dimana mereka yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara lebih suka menyalurkan masalah itu melalui saluran yang tidak betul. Malahan, cara yang dipilih oleh segelintir mereka yang terlibat ini juga dilihat seperti tiada penyelesaian dan mungkin lebih memburukkan lagi keadaan.

Disini saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan diri dan rakan-rakan bakal guru dimana cara menyalurkan sesuatu perkara adalah amat penting sekali bagi menjaga dan menjamin kelancaran mencari penyelesaian. Prosedur-prosedur yang telah ditetapkan perlulah diikuti dengan betul supaya meja rundingan dapat dibuka dan satu jalan penyelesaian dapat dibuat. Budaya ini sangat penting dalam kehidupan seorang guru kerana semua ini adalah perkara lumrah yang perlu dihadapi oleh insan bernama seorang guru. Jadi, persediaan dan ilmu bagi membaiki kembali budaya guru pelatih ini harus dilakukan supaya guru pelatih akan menjadi seorang guru yang profesional suatu hari nanti.

Akuantabiliti seorang guru juga turut disentuh oleh penceramah dimana seorang guru ini bertanggungjwab datang ke kelas dan mengajar murid mereka pada masa mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh yang diberikan penceramah begitu mudah untuk dikaitkan dengan budaya guru dimana guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan menepati masa. Disini, saya sedar bahawa penceramah mahu menegur dan mengajar guru pelatih tentang pentingnya menepati masa dan melaksanakan tanggungjwab yang telah diberikan. Isu ini jelas menekankan masalah segelintir guru pelatih yang selalu datang lewat ke kuliah dan memberi begitu banyak alasan untuk menyelamatkan diri dari dikenakan tindakan. Isu-isu ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dikalangan guru pelatih kerana perkara ini benar-benar bertentangan dengan budaya seorang guru. Oleh yang demikian, nasihat dan teguran dari penceramah pasti akan diambil serius oleh kami semua.

Akhir sesi ceramah, penceramah sempat memberikan sedikit peringatan kepada kami semua sebagai bakal-bakal guru supaya membuat satu anjakan paradigma dalam mengamalkan buday guru dalam kehidupan kami bermula dari sekarang lagi. Sesi ceramah kemudian diakhiri dengan satu sesi soal jawab antara penceramah dengan guru pelatih.
Seterusnya, kami semua telah dikehendaki berada dalam satu kumpulan kecil iaitu kumpulan mengikut kelas dan dipantau oleh tutor masing-masing bagi membincangkan beberapa tema keguruan yang telah diberikan. Setelah berbincang dalam kumpulan kami, kami semua telah memilih satu tajuk yang begitu sesuai bagi kami bincangkan iaitu “Guru Insan Mulia”. Walaupun diberikan pilihan dengan pelbagai tema dan tajuk-tajuk lain, kami sepakat memilih tajuk ini kerana ianya adalah satu tajuk yang menarik dan penting untuk dibincangkan bersama.

Antara isi yang dapat kami cungkilkan semasa perbincangan kumpulan ialah guru memikul tanggungjawab besar dalam membentuk anak bangsa kita. ini menjelaskan bahawa tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.

Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah.

Selain itu, tugas seorang guru ini merupakan satu tugas yang dipandang tinggi oleh agama. Setiap ilmu diajar kepada para pelajar dan tidak ada istilah malas dalam kamus seorang guru apabila menyentuh bab mendidik anak bangsa. Setiap tugas dan didikan terhadap murid-murid dibuat tanpa mengharapkan balasan kepadanya, tetapi Cuma mengharapkan agar murin-muridnya berjaya dalam hidup mereka dan itulah balasan yang paling berharga buat insan bergelar guru.

Bagi kami, guru juga telah dijadikan “role model” kepada masyarakat di sekeliling kita. Kenapa guru yang dipilih untuk di contohi? Hal ini kerana seorang guru dipandang mulia oleh masyarakat dan perlu dicontohi mereka. Tatatertib, pergaulan, budi bicara, penampilan dan sebagainya pasti akan menjadi perhatian masyarakat seterusnya menjadi ikutan atau contoh buat masyarakat.

Selepas sesi perbincangan, kami kemudia dikehendaki berkumpul semula dan perlu membentangkan semula semua hasil perbincangan kami pada rakan-rakan guru pelatih. Perkongsian ilmu ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi juga banyak memberi pengalaman kepada saya dalam membentangkan hasil perbincangan dan kebolehan untuk bercakap dihadapan audiens yang ramai. Pengalaman berharga seperti itu pasti sukar dicari dan kesempatan yang diberikan ketika menyertai seminar BIG ini amat dihargai.

Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu begitu banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk akan dijadikan sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai seminar-seminar yang bertemakan profesion keguruan, saya pasti akan menghadirinya dengan niat untuk belajar dan membuat persedian bagi menghadapi hari muka sebagai guru yang berjaya. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari Seminar BIG ini.

Sekian, terima kasih.
Share

Sebarkan.

Related Posts with Thumbnails